Wali, Kerjaya & Perempuan
Ingin saya titikkan beberapa perkara yang jadi punca, sebab, dan seterusnya mengakibatkan keruntuhan moral akhlak masyarakat.
- WALI
Wali ikut DBP ialah orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikahkan pengantin perempuan. Aneh ya, wali sekarang ni tanggungjawab hanya nikahkan anak perempuan sahaja. Pass kan anak. Done.
Adakah wali sudah tapis bakal suami? baik ke tidak? helok ke tak? dan terbukti jadi apa-apa dalam rumahtangga, kenapa wali tak datang dan selamatkan anak perempuan sendiri? Maka berbondong-bondong wanita datang mengadu nasib pada laman media sosial, simply sebab wali takleh harap. Abang tak ambil tahu hal adik perempuan sendiri? Adik lelaki tak peduli nasib kakak sendiri? Ayah tak kisah dah apa jadi kat anak perempuan sendiri? Apa lemahnya lelaki zaman moden ni?
Media sosial pulak paham saja lah. Ramai sangat pakar rumahtangga. Rata-rata yang akan komen mestilah kaum hawa jugak. Sebab perempuan memang suka dengan drama. Ada pembaca lelaki kisah dengan nasib rumahtangga anda? yellek. Ada pun sikit sangat.. tenggelam dek komen emosi pembaca wanita sekalian. Atas sebab masing-masing pun selesa berduit, maka dinasihatkan pulak perempuan lain supaya hidup sendiri.
Hancur. Hancur sistem keluarga. Masuk bab sistem keluarga boleh saya post tajuk lain.
Kenapa wali kena tapis bakal suami? Mudah. Sebab lelaki sahaja yang memahami lelaki. Anda tahu ada member lelaki yang 'takleh pakai', anda pun tak tergamak nak recommend kat adik-adik perempuan sendiri. Betul tak?
Zaman sekarang apa jadi? Perempuan pilih sendiri lelaki. Dan sudah tentu perempuan ni selalunya dikaburi oleh kata-kata manis, appearance yang palsu, entah apa lagi. Itu yang lepas kawen rupanya teruk perangai jantan ni……. tapi dah terlambat. Dah kawen dah pun. Wali kesah apa. Hang suka, kawen je lah. Aku ada masalah aku sendiri. Gitu agaknya.
- KERJAYA
Ini akan trigger ramai wanita sebab zaman duit ni mana boleh takde career. Punca nya datang daripada WALI juga. Sepatutnya, wali lah yang menjaga, dalam ertikata lain PROVIDE dan PROTECT anak bini dalam rumah. Bapa, adik beradik lelaki, datuk, dsb. LELAKI. Lelaki ya yang sepatutnya keluar rumah. Keluarnya perempuan ke industri korporat mengakibatkan apa? Ya. Pergaulan bebas. Hari-hari pergi kerja sebab boleh cuci mata, berskandal.. tipu lah tak ada. Samada terlibat atau tidak je. Memang perempuan ni boleh jadi fitnah akhir zaman. Bukti? Confession iiumc berlambak. Tapi masih indenial.
Kerjaya zaman moden dah tak lagi banyak memerlukan kekuatan fizikal lelaki- hanya pergi ke office dan bekerja dalam kondisi yang selesa. Maka perempuan pun sama terjun dalam career. PKP ni sepatutnya dapat membuka mata kita semua bahawasanya terbukti title dan pangkat dalam kerjaya tu takde makna apapun zaman ni- sebab rata-ratanya jadi hamba kepada hutang bank, loan riba. Lebih tinggi gaji, lebih tinggi komitmen. Sebab gaji dah lepas untuk buat loan lebih banyak untuk kemudahan rumah/kereta yang lebih mahal - lebih selesa. Kadang-kadang kita oeolah-olah meletakkan rezeki hanya pada gaji yang tinggi.. walhal Allah nak tarik kejap je. Tiada siapa boleh menjamin career best gaji sedap tu boleh bertahan 20 30 tahun sampai habis bayar loan. Tinggallah terkapai-kapai hidup dalam stress memikirkan soal hutang.
Benarlah Allah kata orang yang terlibat dengan riba ni tak ubah macam orang gila.
Bila perempuan turut sama bekerja, maka anak-anak kecil di rumah siapa nak jaga? Ya. Bagi lah orang lain. Pengasuh, taska dsb.. Pendek kata, gaji yang diperolehi tu untuk biaya orang lain jagakan anak sendiri. Ironi. Kes anak-anak di taska tak payah cakaplah. Sebelum ni ramai pekerja taska hantar confession. Masih tak dapat buka mata. Ya, taska semua tu pun mencari duit untuk membayar hutang riba juga.
Bukan nak judge para ibu. Saya sedia maklum, ramai terjatuh dalam lubang yang sama. Tak sedar. Terjatuh pun tak sedar. Tahu-tahu sudah ada dalam lubang kepayahan dan kegelapan. Samada nak sedar lubang tu bahaya atau terus ditipu dengan rasa selesa. Demikian carahidup moden yang memusnahkan. Anak-anak tidak dapat perhatian sebaiknya. Lebih-lebih lagi bila masing-masing pun hidup berhutang. Kena berhutang untuk dapatkan kereta dan rumah. Anak ditinggalkan. Suami pun tak perlu susah payah sebab perempuan gaji lebih tinggi. Orang laki bila tak tahu erti kepayahan, mereka akan ambil kesempatan. Cari perempuan lain di luar atau simply malas kerja sebab semuanya dah disuapkan.
Cukup setakat ni dulu. Solusi ada. Tapi dalam jangkamasa pendek macam mustahil sebab masyarakat dah dibiasakan. Lihat saja posting mengajak kepada perkara kebaikan dan aturan Quran. Ramai akan membangkang kerana tertipu dengan kehidupan di dunia.
Apa solusi itu?
- Elakkan berhutang.
Study takyah berhutang. Bila anda tak berhutang, anda tak ada sebab untuk terus bekerja sebab nak kena bayar hutang. Rumah dan kereta kalau saya sebut sini panjang pulak hujah balas. Bab sistem pendidikan, post lain. - Perkasakan wali. Tak malu ke biarkan anak-anak perempuan, adik-adik perempuan, atau kakak-kakak atau sepupu etc ahli keluarga perempuan sendiri diperkotak-katikkan oleh jantan tak guna yang patut dilanyak sesama jantina.. tapi tak. Mereka dengan melanyakkan kaum yang lebih tidak setara.
Moden lemah.