Isteri-isteri Rasulullah

النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ

Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. [33:6]

Tertera dalam surah Al-Ahzab, ayat 6; bahawa isteri-isteri Rasulullah SAW adalah ibu-ibu kepada orang-orang mukmin. Maka isteri-isteri Rasulullah juga digelar "Ummahatul Mukminin" (Mothers of the Believers). Namun apakah ertinya ibu-ibu para mukmin sekiranya kita tidak tahu tentang ibu-ibu kita sendiri?


Kisah-kisah Ummahatul Mukminin padat dengan pengajaran dan panduan; terutama buat para muslimah. Turunnya ayat-ayat yang ditujukan khas untuk isteri-isteri Nabi juga sepatutnya dijadikan contoh supaya kita juga berazam mahu mencapai standard seperti mereka; walaupun jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan diri ini.. tetapi bukankah lebih baik menjadikan mereka sahaja sebagai contoh hidup berbanding dengan figura lain yang dijadikan idola ramai seperti social media influencer, artis dan sebagainya.

Maksud SWT, SAW, AS, RA

Dalam penulisan ini saya akan meringkaskan istilah-istilah berikut untuk memudahkan bacaan.

SWT - Subhanallahu Wa Ta’ala; bererti “Maha Suci ALLAH Dan Maha Tinggi”.

SAW - Sallallahu `alaihi Wa Sallam; bererti “Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan salawat dan salam sejahtera kepada baginda”. Disunatkan kepada kita untuk mengucapkannya setiap kali menyebut atau mendengar nama Rasulullah SAW.

AS - Alaihissalam; bererti “Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepadanya”. Disebut selepas nama Nabi dan Rasul yang lainnya.

RA - RadhiallahuAnhu (lelaki) / RadhiallahuAnha (perempuan) / RadhiallahuAnhum (ramai); bererti “Semoga Allah meredhainya”. Biasanya digunakan pada nama sahabat-sahabat baginda SAW.

Senarai Nama dan Biografi Ringkas

Sila klik pada nama-nama untuk pembacaan seterusnya.
Khadijah bint Khuwaylid
kha1
Khadijah bint Khuwaylid adalah wanita yang pertama di kalangan ibu-ibu para mukmin, yang paling dicintai di kalangan isteri-isteri, satu-satunya isteri baginda yang melahirkan zuriat baginda, yang pertama mempercayai ajaran Nabi SAW, yang pertama solat di belakang Rasulullah SAW, yang pertama berwudhu, yang pertama bersedekah, dan yang pertama menceriakan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah SAW tatkala orang lain menolak ajaran baginda. Khadijah RA juga merupakan yang pertama mendapat salam yang terus dari Allah SWT melalui malaikat Jibril, serta yang pertama di dunia yang mendapat khabar gembira ganjaran syurga.

Khadijah RA merupakan wanita berbangsa Quraish dan berhubung dengan baginda Rasulullah SAW melalui Qusay ibn Kilab iaitu nenek-moyang Rasulullah SAW yang kelima, dan keempat bagi Khadijah RA. Jaluran nasab adalah seperti berikut:-

Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muttalib (Shaybah) ibn Hashim ibn Abdul Manaf ibn Qusay; manakala

Khadijah bint Khuwaylid ibn Asad ibn Abdul Uzza ibn Qusay.

Bapanya, Khuwaylid merupakan antara pemimpin tertinggi Banu Asad manakala ibunya, Fatimah bint Za'idah juga daripada kalangan bangsa Quraisy dan menjadikan Khadijah seorang wanita Quraisy yang asli daripada Banu Asad.

Khadijah mempunyai 3 lagi adik beradik lelaki dan seorang adik beradik perempuan. Dua daripada adik bradik lelaki iaitu Hizam ibn Khuwaylid dan Awwam ibn Khuwaylid terkorban dalam Perang Fijar yang terjadi sebelum kedatangan Islam. Hizam dan Awwam masing-masing mempunyai anak yang merupakan antara sahabat Nabi SAW yang terkenal, iaitu:

Hakim ibn Hizam - dilahirkan 13 tahun sebelum Tahun Gajah, menjadikan beliau berumur 13 tahun lebih tua daripada Rasulullah SAW. Beliau adalah antara yang masih ingat dan menceritakan peristiwa saat Abdul Muttalib hampir mengorban Abdullah, iaitu ayah kepada Nabi SAW.

Bacaan seterusnya: Hakim ibn Hizam (klik di sini)

Zubayr alAwwam - Ibu Zubayr ialah Safiyyah bint Abdul Muttalib (ibu saudara Nabi SAW). Ini menjadikan Zubayr alAwwam itu sepupu kepada Rasulullah SAW, dan juga anak saudara kepada Khadijah RA.
Sawdah bint Zam'a
Lorem ipsum dolor sit amet
Aishah bint Abu Bakr
Lorem ipsum dolor sit amet
Hafsah bint Umar
Lorem ipsum dolor sit amet
Zaynab bint Khuzayma
Lorem ipsum dolor sit amet
Umm Salama bint Abi Umayya
Lorem ipsum dolor sit amet
Zaynab bint Jahsy
Lorem ipsum dolor sit amet
Juwairiyah bint Al-Harith
Lorem ipsum dolor sit amet
Umm Habibah bint Abu Sufyan
Lorem ipsum dolor sit amet
Safiyyah bint Huyay
Lorem ipsum dolor sit amet
Maymunah bint Al-Harith
Lorem ipsum dolor sit amet

Rumusan

Sepanjang di Mekah, Rasulullah SAW hanya mempunyai Khadijah RA sebagai isteri. Isteri-isteri baginda yang seterusnya semua selepas hijrah ke Madinah, iaitu seramai 9 orang. Seorang daripada mereka meninggal semasa hayat Nabi SAW.